Ayam Halia Noor Lan

 

Ayam-Goreng-Halia-NoorLanX

Resipi ini dated Oct 22, 2007 4:39 PM :D

Hari tu pergi open house rumah kawan kat sini. Dia masak nasi lauk biasa. Sedapnya rasa tak terkata. Agaknya dah jemu makan ketupat rendang :)

Pagi ni dengan senonengnya telepon dia mintak resipi. Memang sedap ayam goreng halia dia lain dari yang pernah dicuba.

AYAM HALIA NOOR LAN
Sumber : Noor Lan

Bahan-bahan
Isi ayam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar rempah sup
Bawang putih, besar dan halia sebanyak yang disukai
Cili hijau

Cara
1. Potong ayam dan perap dengan sos tiram dan rempah sup dalam 10 minit.
2. Panaskan minyak, tumis bawang2 dan halia hingga agak layu.
3. Masukkan ayam dan tumis hingga masak.
4. Bila agak2 ayam dah nak masak masukkan cili hijau.
5. Boleh tambah apa-apa lagi yang disukai. Dalam kes saya tadi saya masukkan cendawan butang. Yummy sungguh!

Selamat mencuba !

Resipi dot Net